LATAR BELAKANG

  • RILGIS CREATIVE

Rilgis Creative Trading didaftarkan pada November 2010 dengan fokus utama syarikat ketika itu ialah menjadi sebuah syarikat pengiklanan dan percetakan yang mampu bersaing di arus perdana. Berbekalkan pengalaman pemiliknya, Encik Syahrail Bin Muhamad Kasim dibidang media cetak selama lima tahun sebelum ini. Kini syarikat telah berkembang dan menunjukan kemajuan yang memberangsangkan. Kini syarikat telah beroperasi di dua buah premis di sekitar Sungai Buloh dan mempunyai 7 orang tenaga kerja tetap.


  • MISI


Sebagai syarikat yang bersedia untuk menyelesaikan keperluan media pelanggan di bawah satu bumbung, Rilgis Creative mensasarkan pertambahan bilangan pelanggan tetap yang konsisten. Selain menyusun strategi pemasaran yang dinamik, ia juga dapat dicapai dengan memberikan perkhidmatan terbaik dari sudut kesegaran idea, ketinggian kualiti, dan kemampuan memenuhi kehendak pelanggan pada masa dan harga yang telah dipersetujui bersama. Kepuasan hati pelanggan, dari aspek hasil kerja dan layanan mesra, turut sentiasa diberi keutamaan